Kamis, 30 Mei 2013

Cara membuat ayam masak merah yang nikmat ala nona tri setyo wahyuningsih


Bahan-bahannya :       Ayam masak merah


3-4 biji Bawang merah
3 biji Bawang putih
Sedikit Halia yang dihiris halus2..
3-4  Senduk Lada yang diblender ( lagi banyak lagi pedas..hehe..)
1 keping Asam Keping
Sedikit/ 1 sudu Tomato Puri/ Sos Prego Tomato
beberapa bji Bunga Lawang ( nak bagi wangi)
2 Kayu Manis ( nak bagi wangi)
1/2 biji buah tomato 
2 cawan Air ( sukahati kalau nak kuah banyak/sikit mana)
Garam dan Gula secukup rasa..
Beberapa ketul ayam ( terpulang berapa banyak)
Bawang Goreng dan daun bawang/sup atau kacang peas untuk hiasan

( Apapon kena pandai agak berapa byk bahan bergantung kepada kapasiti jumlah pemakan ( org yg nak makan..ok??)


                           Inilah rupanya..ala2 mcm Pic nih ;) hehe


Cara Membuat

1) Mula-mula goreng dahulu beberapa ketul ayam secara half-cook..Mcm biasa gaulkan dgn sedikit kunyit dan garam sebelum goreng.

2) Kemudian kita buat aktiviti sesi menumis. Mula2 garingkan lada yang telah diblender dahulu. Sudah betul-betul garing, Masukkan bawang merah dan putih yang telah dikisar. Gaul dan kacau sehingga garing.

3) Masukkan Tomato Puree/Sos Tomato Prego/[Sos Cili/Sos Tomato] ke ( semua adalah optional)..kacau dan kacau bagi sebati.. Kemudian masukkan asam keping. Kacau dan kacau semua bahan2.

4) Masukkan halia yang telah dihiris halus, kemudian masukkan bunga lawang dan kayu manis.

5)Kemudian masukkan Buah Tomato yang telah dipotong dan dilenyekkan ketika mengacau. Kacau dan terus kacau sehingga sebati.

6) Seterusnya..masukkan Air..nak bagi bahan dia berkuah..masukkan garam dan gula secukup rasa.

7) Apabila dah menggelegak kuah ( dah betul2 boil..), masukkan ketulan2 ayam yang telah digoreng secara half cook tadi. 

8) Tutup Kuali...biar kasi ia betul2 masak dalam tempoh 10-15 minit. ( It depends..hehe..) kalau rasa air kuah terlebih sgt..boleh lama2 sikit nak bg dia kurang air...nak bagi dia pekat sikit ke hehehe..
( saya memang suka berkuah..)

9) Sambil menunggu masakan, boleh lah sediakan bahan-bahan hiasan masakan seperti kacang peas/ hiris daun bawang/buat bawang goreng ..cuci2 lah apa yang patut..;) hehe..dah selesai tutup api dapur ye!

10) Boleh hidang dan terus makan bersama nasi putih, Daun Salad dan Timun..! hehe Selamat untuk mengingati bahan dan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar